Search

TV Sarawak

Saya dan rakan panel serta m...

  • Share this:

TV Sarawak

Saya dan rakan panel serta moderator berbicara tentang ekonomi digital dalam konteks geografi dan demografi Sarawak pada hari Ahad yang lepas.

Banyak isu2 yang kami bincang dan lumatkan. Masa dan era sudah sampai kepada negara kita melihat kepada bentuk ekonomi baru sesuai dengan lanskap baru.

Sampai bila nak bergantung kepada operator luar negara dalam bidang e-commerce seperti Shopee dalam transaksi tempatan? Kita ada bakat (talent). Kita ada ekonomi georafi. Kita ada kuasa membeli. Namun, kita belum punya produk tempatan sendiri bagi e-commerce yang beraras tinggi.

Susah sangat ke nak buat kita punya e-commerce platform lengkap sendiri? Adakah ia roket science?

Saya dan ramai lagi ingin percaya ia tidak susah dibina. Ia juga bukan rocket science. Kalau kerajaan atau mana2 GLC bergabung dengan pelbagai talent tempatan yang sedia ada, pelbagai platform dapat diapongkan. Ini mungkin idaman Malaysia baru. Setiap ringgit yang dibelanjakan perlu ada pulangan ekonomi atau sosial dalam negara sendiri.

(Rakaman ini dibuat beberapa bulan yang lepas).

MDB


Tags:

About author
not provided
Pengerusi Eksekutif Amanie Group, Presiden IIUM ke 8, Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara
View all posts